Selasa, 15 Disember 2015

CENGAL & MERBAU

CENGAL

Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok Cengal, dan dikategorikan sebagai kayu balak ,keras,padat,tahan lama,mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu Cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan khatulistiwa.Kayu Cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia.Untuk pengetahuan,Pokok kayu Cengal yang terbesar di dunia terletak di Taman Negara Malaysia.Tidak dipastikan secara tepat panjang saiz lilitan pangkal pokoknya.Namun secara purata ia bersaiz 11 pemeluk orang dewasa.



Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah antara pengeluar kayu Cengal utama dunia.

Cengal dikategorikan sebagai kayu terkeras yang tahan lama, dan memiliki ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras.Oleh kerana kualitinya yang baik dan berharga tinggi*,ia menjadi buruan para pembalak. Kini,Cengal merupakan kayu yang jarang ditemui dan ia merupakan kayu yang dilindungi oleh Jabatan Hutan Negara. Ia biasa digunakan bagi kerja pembinaan berat seperti membuat rumah, perahu dan jambatan kerana ia juga tahan serangan anai-anai. Atas sebab yang sama,ia kini turut digunakan untuk membuat perabot dan ukiran tangga,gazebo(sejenis pondok),tembok pusara kubur.








MERBAU


Merbau atau ipil adalah nama sejenis pohon penghasil kayu keras berkualitas tinggi.  Merbau terutama dimanfaatkan kayunya, yang biasa digunakan dalam pembinaan berat seperti rasuk-rasuk, tiang dan galas, di bangunan rumah maupun jambatan. Oleh kerana kekuatan, daya tahan dan penampilan yang menarik, sekarang kayu merbau juga dimanfaatkan secara meluas untuk pembuatan kusen, pintu dan tingkap, lantai parket (parquet flooring), papan-papan dan panel, perabot, badan lori, ukiran dan lain-lain. 

Bahan pewarna coklat dan kuning boleh diekstrak dari bahan berminyak yang dikandung oleh kayu dan pepagannya. Pepagan dan daun juga digunakan sebagai bahan ubat tradisional. [3]
Pepagan yang mengelupas, ditumbuk dan dicampur dengan buah pinang yang tua, sebagai obat untuk menghentikan murus. Biji-bijinya dibembam dalam arang atau abu panas agar pecah kulitnya, lalu direndam dalam air garam selama 3-4 hari, sebelum direbus dan dimakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan